pages ini direka khas untuk saya berkongsi info kepada anda
Assalamualaikum, Saya mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ini saya telah menjalankan satu program bersama orang kurang upaya (OKU). Program tersebut adalah Santai Bersama PDK di Desa Waterpark, Petaling Jaya. Program tersebut berlangsung selama setengah hari iaitu pada pukul 10 pagi hingga 5 petang. Program yang dijalankan adalah salah satu tugasan berkumpulan yang saya ambil pada semester 3 ini iaitu subjek Pemulihan Dalam Komuniti. Kumpulan saya yang terdiri daripada 7 orang ahli iaitu saya, Adilielah, Ilaruhi, Nadia, Faiz, Intan dan Amira telah memilih satu tempat PDK yang terletak di Banting iaitu PDK Penyayang Bukit Changgang untuk membantu dan menjalankan aktiviti di sana. Pelbagai aktiviti telah kami lakukan selama 7 minggu kami berada di sana (kami hanya menjalankan aktiviti pada setiap hari khamis sahaja). Kami yang dibawah seliaan DR Aliza Alias telah berjaya membuat program yang saya anggap besar iaitu membawa pelatih-pelatih PDK Bukit Changgang bermandi-manda di Desa Waterpark. Walaupun ada sedikit kekurangan dalam kami membuat program tetapi tujuan kami membuat program tercapai. Ingatlah, semua program yang kita buat akan ada cacat cela dan pada saya ia merupakan kemestiaan dalam berprogram. Tujuan kami membuat program ini adalah untuk merapatkan silahturrahim antara kami dengan orang kurang upaya, merapatkan hubungan antara UKM(Fakulti Pendidikan) dengan komuniti luar (PDK Bukit Changgang), dan merapatkan jurang antara komuniti setempat, masyarakat luar dengan PDK.

Kisah remaja OKU yang malang, kerenah birokrasi dan kita
Apabila membaca kisah Muhammad Firdaus Dullah, remaja Orang Kurang Upaya (OKU ) yang berusia 15 tahun, mengidap “Cerebral Palsy” diabaikan ibunya sendiri dan ditemui dalam keadaan sangat menyedihkan, tidak ada apa kata lagi yang mampu saya ucapkan.
Apabila nilai kemanusiaan itu sudah tidak punya makna lagi, nilai perasaan sudah menjadi tepu menjadi dendam, manusia akan hilang nilai kemanusiaan dan kasih-sayang yang ada dalam dirinya.
Cerebral Palsy adalah satu keadaan yang berlaku akibat kerosakan otak terjadi semasa dalam kandungan, semasa atau selepas kelahiran.
Kebolehan mengawal pergerakan otot yang terjejas menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan dan mengimbangkan diri.
Saban hari saya melihat panaroma dan drama manusia yang tekun melakonkan watak mereka. Tuhan tidak hanya mencipta yang cantik, malah yang hodoh juga untuk dihidangkan kepada kita. Tuhan tidak memberi yang sihat saja kepada kita. Diberinya juga yang sakit dan cacat untuk menguji kita.
Saya tidak mahu bercakap lebih daripada apa yang sepatutnya saya tahu tentang nasib remaja OKU itu dan kisah ibunya yang mengundang benci dan menyampah masyarakat akan sikapnya yang memperlakukan anak sedemikian rupa.
Tidak wajar juga kita menghukum ibunya secara berlebihan, kerana menjaga anak yang cacat tidaklah semudah digambarkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Salah seorang anak saya juga dilahirkan sebagai anak OKU yang mengidap “autisma” hyper. Hari ini Adam, anak saya itu sudah berumur 16 tahun dan semakin dia membesar, semakin besar dugaan yang kita perlu dihadapi.
Menjaga sensitiviti, emosi, persekitaran, frekuensi jiwanya yang tidak menentu memang menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa. Setiap hari Adam terpaksa bergantung pada ubat penenang yang dibekalkan oleh pihak hospital.
Cuma saya melihat kurang nilai kasih seorang ibu dalam diri ibu kepada remaja OKU itu. Mungkin kerana kisah silamnya yang bersuamikan bapa si OKU itu, mungkin kerana melihat kekurangan pada diri si anak yang sangat membebankan jiwa dan raganya.
Kerana jika si ibu masih punya rasa kasih dan sayang terhadap anaknya walau secebis, anaknya itu tidak akan dibiarkan dalam keadaan daif dan menyedihkan seperti itu. Nilai kemanusiaan yang ada dalam dirinya sangat kurang.
Apatah mungkin juga kerenah birokrasi yang memungkinkan nasib keluarga itu yang gagal mendapat bantuan dan sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sehingga apabila kes ini mendapat liputan meluas daripada pihak media, termasuk respons perdana menteri kita, semuanya kelam kabut dan masing-masing mahu mengambil bahagian dan menjadi hero.
Inilah Malaysia, sebuah negara membangun yang segala-galanya hanya akan bermula daripada “kosong” apabila ia sudah terjadi.
Saya sempat bertanya pendapat tentang isu ini dengan seorang kenalan yang juga merupakan Naib Pengerusi Pertubuhan Anak Cerebral Palsy, Mohamad Affandi Ramli.
Katanya, masyarakat memainkan peranan penting dalam menangani golongan OKU. Untuk menyalahkan ibunya 100% juga agak tidak adil kerana bukanlah mudah menjaga anak yang mengidap “Cerebral Palsy”.
Golongan OKU sebenarnya masih tersisih dan terpinggir daripada masyarakat. Saya sering melihat lagak dan sikap sombong dan angkuh seorang pemuda OKU berkerusi roda kerana fizikalnya yang cacat, di sekitar Pasar Seni pada penghujung tahun 80an dulu.
Kerjanya setiap hari memaki orang yang lalu lalang. Sering juga dia memaki Tuhan atas apa yang ditakdirkan untuknya. Bagi saya, apa saja yang mahu diluahkan walau apa bentuk sekalipun terhadap Tuhan, biarkanlah kerana bukankah pemuda itu juga asal kejadiannya sama seperti kita juga?
Saya tidak tahu apa jadi dengan pemuda OKU itu sekarang. Malang nasibnya kerana dilahirkan ke dunia sebagai insan cacat. Punya nafsu dan kehendak seperti insan normal. Kesannya diluahkan segala kemarahan dan kekurangan itu kepada alam, sekeliling dan Tuhan yang menciptanya.
Apabila kita melihat orang tua berjalan terbongkok-bongkok sambil bertongkat, atau mereka yang mengidap pelbagai penyakit kronik, sedarlah kita bahawa mereka juga termasuk dalam golongan OKU kerana hidup mereka perlu dibantu.
Kita juga apabila sampai masanya akan menyertai mereka, apabila usia mencecah senja, atau tersadai di katil pesakit dengan segala kekurangandd ari segi fizikal mahupun mental, sedarlah kita bahawa segala nikmat kehidupan ini hanyalah bersifat sementara. Maka tidak perlulah kita bermegah-megah dengan apa yang dimiliki sekarang.
Cepat atau lambat kita juga akan termasuk dalam golongan OKU. – 26 Jun, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/opinion/meor-yusof-aziddin/article/kisah-remaja-oku-yang-malang-kerenah-birokrasi-dan-kita

Orang Kelainan Upaya atau Orang Kurang Upaya?
BEBERAPA tahun lalu, bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak memperkenalkan penggunaan terminologi Orang Kelainan Upaya (OKU) dan menolak penggunaan Orang Kurang Upaya satu terminologi yang telah lama digunakan untuk merujuk kepada mereka yang dianggap cacat.
Alasannya, mereka ini harus dilihat dalam cara yang betul kerana yang berbeza bukanlah dari segi fizikal tetapi keupayaannya disebabkan oleh sesuatu sebab semulajadi atau kejadian yang diingini. Mereka wajar dinilai kebolehannya berasaskan kelainan keupayaannya berbeza dengan mereka yang dianggap sempurna.
Kerana itu, misalnya USM mengiktiraf seorang siswi cerebral palsy, Tan Chin Chin sebagai penerima Pingat Emas Canselor dalam upacara konvokesyen sebagai graduan serba boleh yang tentunya tidak boleh dibandingkan dengan mereka yang sempurna sepenuhnya dari segi fizikal.
Malah kejayaan Dr. Muzammil Mohd. Noor sebagai seorang ahli akademik yang menggunakan kerusi roda menjadi antara contoh nyata kejayaan mereka yang mempunyai keupayaan berbeza tetapi cemerlang walaupun semasa kecilnya melalui zaman sukar yang sering diperkecilkan.
Baru-baru ini, seorang warga USM yang juga menggunakan kerusi roda kerana masalah kakinya meluahkan perasaan sedih dan kecewa kerana ketika memulakan kerjayanya sebagai seorang kerani melalui pengalaman yang amat sukar. Kedudukan kerusi dan meja, kediaman di asrama yang tidak sesuai, kesukaran untuk menggunakan mesin ATM bank dan pelbagai lagi.
Namun dengan tekad dan semangatnya yang tinggi membolehkannya menjejak kaki ke universiti dan menggenggam segulung ijazah. Kisah-kisah begini menggambarkan betapa kelainan keupayaan bukanlah halangan untuk berjaya jika kita benar-benar prihatin dengan nasib mereka yang berada di sekeliling kita.
Mereka sebenarnya hanya berlainan keupayaan bukannya kurang keupayaan. Ada ketikanya mereka lebih hebat dari kita yang menganggap diri sempurna.
Namun begitu, terdapat alasan tertentu mengapa terminologi Orang Kurang Upaya digunakan terus, malah diterima pakai oleh golongan ini sendiri. Terdapat halangan-halangan tertentu yang menyebabkan ia perlu terus digunakan.
Satu kajian tentang kedudukan OKU dalam masyarakat negara ini telah pun diterbitkan oleh Penerbit USM sebagai rujukan iaitu Work and Disablity - A Malaysian Scenario oleh Dr. Magdalene Ang yang kini seorang tenaga pengajar di Labuan School of International Business and Finance, UMS.
Masalah penggunaan terminologi ini juga banyak dibincangkan dalam buku ini sebagai satu usaha untuk kita lebih memahami tentang kedudukan dan peranan OKU dalam masyarakat dan negara, termasuk sumbangan besarnya kepada ekonomi negara.
Namun begitu, laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2003 menyatakan kira-kira 200 juta OKU di rantau Asia Pasifik yang tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan, manakala laporan lain pada 2005 pula menyebut walaupun mendapat peluang pekerjaan sebahagian besarnya di bawah lebih rendah dari sepatutnya.
Namun, di negara kita, pelbagai usaha dibuat untuk membantu mereka dan diberikan pengiktirafan yang sangat tinggi. Malah Perdana Menteri dalam beberapa kenyataannya menyebut betapa pentingnya kita keluar dari paradigma yang ada terhadap OKU.
Mungkin kita juga tidak pernah terniat untuk memencilkan atau menidakkan hak OKU. Namun, sampai masanya sama ada institusi pengajian dari sekolah sehinggalah ke universiti, organisasi dan institusi lain termasuk industri melihat hal ini dengan teliti. Perkara-perkara yang kita anggap kecil dan mudah mungkin tidak bagi mereka.
Asrama pelajar juga harus melihat dan memberikan sokongan kepada mereka yang masih belajar dari awal mungkin. Kumpulan-kumpulan sokongan daripada pelbagai kelompok harus melihatnya dengan serius. Walaupun pelbagai dorongan, kemudahan dan insentif diberi, yang utama adalah kesungguhan menyediakannya dan menghulurkan bantuan secara berterusan.
Penggunaan terminologi Orang Kelainan Upaya barangkali mengungkapkan penghormatan dan kekuatan diri yang berlainan yang sekali gus berkemungkinan memberikan satu persepsi baru yang lebih bermakna kepada OKU. Kita perlu mengiktiraf insan istimewa ini sebagai berlainan keupayaannya, bukannya kurang keupayaannya.
Ia juga mengungkapkan hasrat untuk kita lebih menghargai golongan ini dan melihat keperluan mereka yang sebenarnya. Kita harus merasai bagaimana kesukaran dan kepayahan yang dilalui apatah lagi dengan stigma serong sesetengah kita terhadap kemampuan sebenar mereka.
Bakat yang ada ada pada mereka harus dimanfaatkan dan kitalah yang harus melakukannya. Buku tulisan Dr. Magdalene Ang adalah pembuka mata kita terhadap nasib mereka di negara ini. Lebih banyak rujukan dan dokumentasi kisah mereka harus diusahakan agar masyarakat dapat benar-benar menghayati dan lebih prihatin.
Terminologi Orang Kelainan Upaya barangkali dapat membantu untuk kita memberikan kelainan persepsi dan pemikiran terhadap mereka yang boleh kita ketengahkan, namun jika ada kesukaran dan halangan, gunalah apa jua terminologi yang dapat membantu mengangkat mereka ke tahap yang sewajarnya, walaupun Orang Kurang Upaya yang telah kita guna sekian lama.
sumber :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120823/re_06/