Assalamualaikum w.b.t. ini merupakan refleksi ketujuh tentang teknologi dalam pendidikan. dan merupakan refleksi terakhir. Minggu ini setiap pelajar diarahkan untuk membentangkan segala tugasan individu iaitu weebly, reka bentuk kulit buku dan Alat bantu mengajar 3D ( Model 3D) dan tugasan berkumpulan iaitu video dan penulisan ilmiah. Alhamdulilah, setelah hampir 14 minggu saya mengambil kursus ini, saya berjaya juga menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. pada sem ini, Perasaan saya selepas habis membentang adalah tersangat lega dan bersyukur kerana apa yang saya bentang diterima oleh Dr Fariza dan rakan-rakan.
Pada minggu ini, kelas tutor berjalan seperti biasa dalam kelas.
Pembelajaran pada hari ini ialah tentang cara membuat "cover book" berdasarkan contoh yang telah disiapkan oleh senior pada sem-sem sebelum ini dan mengemaskini weebly. Mereka bentuk kulit buku boleh menggunakan pelbagai aplikasi seperti microsoft publisher(cadangan), adobe photoshop atau illustrator(AI). untuk memudahkan dan ingin membuat mereka bentuk yang mudah, kita boleh menggunakan microsift publisher, tetapi sekiranya mahu reka bentuk kulit buku yang cantik, dan ada elemen "wow" kita boleh menggunakan adobe photoshop dan illustrator kerana mempunyai banyak "special effect" dan boleh mempelbagaikan idea yang kita ada berdasarkan kreativiti masing-masing. hal ini kerana applikasi adobe photoshop dan illustrator dibuat untuk memudahkan pengguna mereka bentuk sesuatu yang baru. Mengemaskini weebly iaitu dengan "mengeksplore" atau mencari sendiri fungsi weebly dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. pada pendapat saya setelah DR Fariza menerangkan cara menggunakannya, mudah untuk saya mengemaskini weebly saya. Antara perkara yang saya buat dalam pengemaskinian weebly ialah, menambah link nama rakan-rakan supaya mudah untuk melihat kerja yang telah mereka lakukan dan mendapatkan maklumat yang baru dalam weebly yang ditulis rakan-rakan. Ini adalah contoh reka bentuk kulit buku. Jenis lens Kamera 1. Standard Lens Standard lens atau kitlens biasanya dalam range 18-50mm (Canon, Nikon) dan 18-70mm (Sony, Minolta). Lens ni biasanya dipakejkan sekali dengan body dslr. Sesuai digunakan untuk apa-apa jenis event sama ada indoor atau outdoor. Nak shot landskap boleh, shot potrait pun boleh. Nasihat aku sebelum korang decide nak tambah koleksi lens, pastikan korang dah push kit lens sampai ke limitnya, maksud aku gunakan kitlens untuk apa juga keadaan. Bila korang rasa kitlens ni ada kekurangan, baru korang beli lens baru untuk cover kekurangan kitlens. Kalau main beli je sebab member kat sebelah ada banyak lens, baik tak payah sebab nanti korang tak tau bila nak guna lens yang sesuai ikut keadaan. Kan membazir. 2. Ultra/Wide Angle Lens Wide angle lens biasa digunakan untuk shot landscape supaya dapat capture sudut yang lebih luas. Selalu digunakan dalam wedding photography supaya gambar pengantin dan latar belakang lebih menonjol. Contoh wide angle lens seperti sigmga 10-20mm, Tamron 10-24mm dan banyak lagi, korang search je kat google. Wide Angle Lens kadang2 dipanggil Ultra Wide Lens atau UWA. Harga lens ni lebih mahal berbanding kitlens, sekitar RM1800 ke atas. 3. Telephoto / Zoom Lens Masa tengok Piala Dunia perasan tak kat tepi-tepi padang photographer2 dengan lens yang macam bazooka tu. Itu dipanggil zoom/telephoto lens.Telephoto lens ada banyak jenis. Bagi yang kurang bajet, boleh beli lens macam Sigma 75-300mm, Sony 55-200mm dan Tamron 75-300mm. Kalau rasa banyak duit, dialu2kan beli lens putih yang macam bazooka tu, paling murah pun RM5500..hehe..ada berani? Zoom lens biasa digunakan dalam sport/action photography macam bola sepak, supaya pemain bola tu nampak jelas dan besar. Lagi satu boleh jugak korang guna untuk shoot potrait untuk mendapatkan bokeh yang lawa. 4. Macro Lens Macro lens direka khas untuk ambik gambar yang korang perlu close up habis-habisan. Contohnya kalau korang nak ambik gambar lalat dan nak lalat tu nampak besar dan jelas, korang kena guna macro lens. Kelebihan macro lens ni dari lens lain ialah Minimun Focus Distance (MFD). Untuk lens-lens biasa, korang tak boleh letak lens dan objek terlalu rapat sebab lens takkan boleh fokus pada objek. Try kalau tak percaya. Contoh lens macro yang popular ialah Sigma 90mm. Harga dalam lingkungan RM1000. 5. Prime Lens Tiada kaitan dengan Optimus Prime, prime lens juga dikenali sebagai fix lens sebab lens jenis ni korang tak boleh nak zoom in dan zoom out. Tapi kualiti gambar prime lens sangat baik berbanding lens-lens lain. Sesuai untuk potrait sebab prime lens menghasilkan bokeh yang amat lawa. Prime lens jugak mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga F1.4, so korang boleh shot dalam keadaan yang gelap, tak payah pakai flash. Ada banyak jenis dan range prime lens, yang paling popular ialah 50mm F1.8. Korang boleh beli prime lens dengan harga yang murah bermula dari RM350 untuk 50mm. 6. Fisheye Lens Sebenarnya fisheye lens tergolong dalam Ultra/Wide Angle Lens. Cuma yang membezakan ialah efek melengkung yang dihasilkan oleh lens ni. Biasanya photographer guna untuk shot landskap dan shot2 kreatif. Contoh lens fisheye ialah Samyang 8mm dan bayak lagi. Korang search kat google, kalau nak contoh gambar boleh pegi kat flickr dah search 8mm fisheye. Harga fisheye dalam bermula dari RM1ooo. sumber : http://tarmizishukri.com/jenis-jenis-lensa/ 10 Tips Mengambil gambar
1. Blur the background Ataupun bokeh. Untuk menghasilkan gambar sebegini, ia amat berkait rapat dengan aperture lense (apa itu aperture?). Bagi pengguna DSLR dan juga mirrorless, gunakan Aperture Priority Mode (A untuk nikon, Av untuk canon). Aperture priority mode dapat mengawal aperture setting dimana ia dapat menentukan depth of field sesuatu gambar. Gunakan wide aperture (f/1.8, f/2.8, f/4) untuk memberikan narrow depth of field ataupun bokeh yang cantik. Bokeh yang cantik dapat menonjolkan subjek. 2. Zooming blur Kebiasaanya kita tak sentuh langsung zoom ring semasa mengambil gambar. Tetapi, dengan pemilihan subjek yang menarik, kaedah ini dapat menghasilkan gambar yang striking dan jarang sekali dilihat. Gitu (Padahal belambak) Apa yang perlu ada adalah tripod dan juga shutter release ataupun remote. Gunakan shutter yang perlahan contohnya 1/2s dan tangkap gambar subjek menggunakan remote. Kalau takde remote, pakai timer pon boleh. Yang penting, mount camera pada tripod untuk mengelakkan gegaran. 3. Motion blur street shots Pernah ambil street shots? Kalau pernah, mungkin ni cara yang belum pernah korang cuba. Manalah tau kan. Bila di tengah bandar tu, pasti ramai manusia yang kehulu kehilir sibuk dengan kerja masing-masing. Point and shoot tu dah biasa. Bosan. Apakata letakkan sedikit efek supaya nampak lebih dramatik. Untuk menghasilkan movement blur, pemilihan shutter speed dapat menghasilkan movement blur yang cantik. Contohnya gunakan shutter speed 1s ataupun 1/2s, mount camera pada tripod dan snap! Tripod penting sebab kita tak nak objek lain pon blur. Kita hanya nakkan orang ramai yang berjalan tu blur. 4. Panning shots Panning shots ni selalunya dikaitkan dengan objek yang bergerak pantas. Contohnya kereta, orang berbasikal, kanak-kanak yang sedang berlari dan sebagainya. Gambar yang terhasil akan menyebabkan subjek menjadi sharp manakala backgroundnya blur dan seolah-olah bergerak pantas. Faham? Gunakan shutter priority mode, pilih shutter yang bersesuaian. Gunakan juga continuous shots supaya dapat shots beberapa gambar. Macam mana nak buat? Bila subjek menghampiri contohnya kereta, shots the subject a few times dan follow pergerakan dia. Dalam banyak-banyak gambar yang diambil mesti ada yang blur dan ada juga yg sharp. . Bekukan pergerakan dengan flash Flash/Speedlight bukan sahaja bertindak sebagai light source. Ia juga mampu membekukan pergerakan yang laju. Kaedah ini memerlukan flash dengan manual setting dan kalau boleh off-camera trigger. Sebagai contoh, merakam buah jatuh dalam air. Kaedah ini kena try and error. Gunakan manual mode dan manual focus. Set shutter speed selaju yang boleh berpadanan dengan flash yang digunakan. Aperture f/8 dan ISO 200. Pegang subjek di posisi yang bakal dijatuhkan dalam air dan focus pada posisi tersebut.Setting pada flash juga penting. Pada trial pertama, gunakan power yang rendah usually 1/128. Jika guna off-camera trigger, letakkan flash dibahagian atas bekas yang mengandungi air. Take a test shots a few time untuk menentukan exposure yang betul. 6. Extreme Shutter Speed Antara kaedah yang menarik untuk menjadikan gambar landskap kelihatan begitu mengujakan. Penggunaan shutter speed yang sangat lama akan menjadikan objek bergerak seperti awan, air ataupun rumput yang ditiup angin kelihatan blur ataupun smooth. Cabaran utama bila bermain dengan shutter speed yang lama ini adalah over-exposed. Gambar yang dihasilkan berkemungkinan besar akan over-exposed. 7. Air terjun dramatic Siapa sini tak pernah mandi air terjun? Pergh! Rugi beb! Mandi air terjun lagi best dari mandi air laut. Hehe. Kita tahu kan, air terjun mengalir dengan deras sekali. Kadang-kadang rasa sakit juga bila air tu jatuh atas badan kita. Pengaliran air yang laju ini amatlah cantik bila dijadikan antara subjek utama dalam gambar landskap. Kadang-kala, imej air laju juga tak begitu menarik. Lihat contoh gambar diatas. Gambar sebelah kiri menggunakan shutter speed 1/50s. Ini dapat membekukan pergerakan air terjun tu. Lihat pula gambar sebelah kanan. Shutter speed selama 30s diperlukan untuk menghasilkan gambar air seumpama itu. Menarik kan? To do this, gunakan shutter priority mode dan pilih shutter speed yang lama. Boleh juga guna “bulb” mode jika mahu. Tapi, kadang-kala, gambar yang dihasilkan boleh jadi terlalu terang (over-exposed) sehingga hilang detail gambar. Ini kemungkinan disebabkan oleh cuaca setempat yang begitu cerah. To solve, gunakan Neutral Density (ND) filter. Filter ini dapat menyekat jumlah cahaya yang masuk tanpa memberi kesan kepada gambar. 8. Melukis dengan cahaya Pernah melukis pakai cahaya? Melukis dengan cahaya amat bergantung kepada long exposure. Apa yang perlu adalah, camera mesti dipasang pada sturdy tripod dan gunakan shutter release untuk mengelakkan gegaran. Bila dalam keadaan yang completely dark, gunakan live view untuk set the frame dan fokus pada gambar. Bila dalam keadaan gelap juga, mesti payah nak fokus. So, halakan torch light pada pada subjek yang nak dilukis dan fokus secara manual. Contohnya gambar diatas, fokus pada Goku. Hehe… ISO yang tinggi diperlukan memandangkan keadaan yang gelap. 9. Light trail Untuk menghasilkan trail of light, malam adalah waktu yang paling sesuai. Sebab pada waktu ni, kita dapat shoot movement of light yang datangnya dari kenderaan. Untuk menghasilkan efek ini, kamera perlukan fixed pada position, iaitu atas tripod untuk mengelakkan gegaran. handheld adalah mustahil sebab light trail bermain dengan long exposure. So, bila handheld tu, for sure akan ada gegaran. Screw the camera tightly on the tripod. Gunakan manual mode. Gunakan “bulb” shutter speed, small aperture ie f/11 dan ISO 100-200. Shuuter relase diperlukan sebab kita set “bulb” shutter speed. So, press shutter release bila-bila masa yang kita nak. Exposure time yang diperlukan amat mempengaruhi ambient light dalam gambar. So, try and error with the “bulb”. Jangan lupa, guna manual focus. Maybe set it to infinity. 10. Starburst effect Melukis dengan cahaya dan light trail dah cukup cantik untuk menambahkan seri gambar. Tapi untuk menambahkan lagi seri gambar, efek starburst tak patut diabaikan. Kalau nak diikutkan benda ni boleh dibuat melalui photoshop, tapi amatlah senang jika dibuat terus melalui kamera. Nak shot starburst ni semestinya pada waktu malam lah. Masa tu boleh rakam lampu jalan atapun lampu dari bangunan yang boleh dijadikan starburst. Gunakan small aperture contohnya f/16. Bila dah pakai f/16, semestinya shutter speed akan menjadi lama. Elakkan guna ISO yang tinggi sebab nanti akan wujud noise pada gambar. Bentuk starburst ni berbeza bergantung pada lense yang digunakan. Setiap lense ada jumlah aperture blades yang berbeza. Kalau aperture blades ada 9, starburst akan membentuk 9 point pada star tersebut. rEFLEKSI KEEMPAT (MINGGU 10)
tugasan artikel.. penerangan tentang artikel, baca, compare dengan rakan, tengok sama dan beza setiap artikel.susun menjadi satu cerita baru. Pencarian jurnal di e-journal di PTSL ukm. Selain itu, Dr juga menerangkan tentang cara membuat tugasan yang lain seperti tugasan mereka cipta kulit buku, Model 3D, dan cara menggunakan weebly ini. Alhamdulillah saya telah pun menyiapkan tugasan mereka bentuk kulit buku, tetapi sekarang saya mahu menceritakan tentang model 3D yang sekiranya dapat dihasilkan dengan baik boleh memperoleh hasil yang cemerlang. Model 3D menurut Dr, model 3d yang dihasilkan perlu mempunyai syarat-syarat yang asas seperti skala, penggunaan bahan pembuatan, reka bantuk yang menarik dan model yang digunakan mampu membantu guru mengajar di dalam kelas. tidak kiralah untuk matapelajaran apa-apa sahaja sekalipun. Sebagai Contoh : objek dengan skala yang besar dikecilkan dan objek dengan skala yang kecil dapat dibesarkan. Inovasi : E-Pembelajaran
Perkembangan Pembelajaran iaitu daripada pembelajaran tradisional kepada e-pembelajaran. Pembelajaran Tradisional
E-pembelajaran
REFLEKSI PERTAMA (MINGGU KE 3) Pada minggu ini adalah kelas tutor pertama bagi subjek teknologi dalam pendidikan yang diajar oleh pensyarah kami iaitu Dr Fariza Binti Khalid.pada kelas tutor ini, perkara yang saya perolehi ialah mendapat maklumat mengenai tugasan, proforma kursus secara detail dan perincian mengenai pembelajaran subjek teknologi pendidikan ini serta daripada mana pemarkahan dinilai.Pemarkahan dinilai melalui dua tugasan iaitu tugasan individu(40%) dan tugasan kumpulan(30%) dan peperiksaan akhir (30%). Buat masa ini kami diarahkan untuk membuat tugasan individu terlebih dahulu.Seterusnya, untuk tugasan individu, kami diarahkan untuk membuat blog menggunakan aplikasi Weebly provider. Tujuannya adalah mendedahkan kami tentang cara untuk menggunakan blog dalam pendidikan dan membuat refleksi mingguan pada blog berkenaan. Saya diajar cara mengubah url menggunakan nama sendiri dan mengubah view blog berkenaan berdasarkan kreativiti sendiri. Setelah hampir tiga minggu pembelajaran dalam kursus ini, barulah saya memperoleh sesuatu yang berguna pada saya untuk digunakan pada masa akan datang. REFLEKSI KEDUA (MINGGU KE 5)
|
Blog rakan - rakanANIS AQILAH KAMAL
ROZIE ADENAN SITI NUR WAHIDA ROSLI NUR AMANINA BTE MOHD KHAIRUDDIN NUUR THAQIFAH MOHD TAHIR NORAFIZA BINTI AZIZAN NURSYAZWANI MAHADI AMALINA MOHD HASHIM NURUL IZATUL AFZAN ARIFFAM NURUL HAFIZAH SABTU JENNY KALAIARASI A/P KALAUCHAN NORSUZAWANI SUDIN IKLIL KAMARUL ZAMAN SITI NORSALIHAH ZULKARNAIN AL-MUHDI BIN SAWAL NURUL FARAH SUZANA MOHAMAD AZAMAN NOR SURIA RUSTIY HATIEKAL RUSLAN MUHSIN ABLLAH AIDA AFANDI DR FARIZA KHALID |